Sunday 15 April 2012

Trying to smile in a thousand hurts by laughing with my family and my best friend

Assalamualaikum .

Wazzup wazzup ! -.- Okay , tajuk post kita kemain lagi kan ? Hahahaha gelak-gelak jugak tapi benda tu betul . Tak ada orang tahu . Yang baca blog kita lahh yang tahu pasal ni . Please sediakan bantal busuk sebab takut korang bosan baca entry ni cause this will be the longest entry from me .

Just like the previous entry , Mr. T . Guess who ? Korang mesti tak tahu punya . Tujuan kita buat entry ni bukan nak cerita pasal dia okay ? K

So yesterday , kita pergi rumah paklong yang belah ibu dekat Kajang . Ada potluck dan katanya ada bacaan Yassin sekali . Penat mak bersiap macam datin nokkk ~ -.- Macam-macam gaya kita cuba nak pakai tudung tu . Kita rasa dalam setengah jam ahh jugak baru siap pakai tudung . Hanya tudung sahaja k dah setengah jam . Hihi . And ini lahh hasil setengah jam memakai tudung .


Masa ni dah dalam kereta on the way ke rumah paklong nun . Berkilat muka makkk . Buruk kan cara kita pakai tudung ? Padahal dah spent setengah jam hanya untuk pakai tudung . Nasib baiklahh kita dah siap awal-awal . Fuhhhhh ~ kalau tak , bising ayah . 

With my little sister .

So itu adik kita , Nana . Dia ikut jejak langkah kita wehh . Dia pon main softball jugak . Cuma dia tak sehebat kakak dia yang post entry ni . Hahahahaha k perasan . Dia just pakai t-shirt you know masa pergi rumah paklong semalam . Me just like "Ughh , buat penat je aku siap-siap macam datin sekali dia dengan selamba je pakai t-shirt" Then buat bodoh je . Malas nak bising-bising takut nanti ibu sambung bising . Hihi

Masa dah sampai rumah paklong , kita salam smua pakcik makcik kita , sepupu-sepupu kita and yang paling best cubit pipi anak-anak buah kita . Hihi kita dah jadi makcik tau ? *kecoh* K whatever . Makanan banyak gila . Domino's pon ada jugak . Yang Domino's tu sepupu kita yang kerja kat Esprit tu yang belanja . Tah berapa kotak tah dia beli . Thank you Kak Nat . Lepas makan Domino's tu makan mee goreng pulak . Pedas k pedas dia punya mee goreng .

Tengah syok-syok makan mee goreng tetibe phone kita ringing . Ada orang call . Do you know siapa yang call kita ? Am yang call kitaaaaaa !!!!!!!!!!! Melompat-lompat kita masa dia call sebelum kita angkat tu . Sepupu kita pandang pelik je . Hehe then kita jawab phone call tu . Siapa yang tertanya-tanya Am tu siapa , kita ada tweet gambar dia kat Twitter kita yang ada orang buat macam dia punya Twitter tu . Hehe kalau tak jumpa , ini dia .

Muhd Idham (Am)
Then borak-borak dengan dia . Lepastu kita tanya dia

Me  : Kenapa call ? Rindu ehh ?
Him : Ehh , mesti lahh rindu dengan anak cik Salim ni .
*gelak serentak*

Me just like ughhh melting . Tengah borak-borak tu dia cakap dia kena letak sebab dia kena pergi hospital sebab kakak dia masuk hospital . Kakak dia ada ketumbuhan dekat usus . So , semalam tu turn dia kena jaga kakak dia kat hospital . Kesian kakak . Semoga cepat sembuh ye kak ? InsyaAllah kita datang melawat akak nanti .

Lepas on the phone dengan dia , kita mula nak menjadi setan . Kenapa jadi setan ? Sebab kita suka kacau anak-anak buah kita *tak guna punya makcik -.-* . Ini yang jadi mangsa kita semalam .

Thakif Firaz
Thakif ni kelakar . Bila kita dukung biasa dia asek menangis je . Kalau dilambung , kemain lagi dia punya senyum . Siapa yang dukung dia tu ? Itu makcik kita , Mama Naomi Campbell . Hahahahahaha takde lahh . Itu Mama Nomi lahh . Kita pon tak tahu kenapa panggil Mama Nomi .

Mangsa kedua ialah Qaseh Arissa . Cara dia senyum omeyy kan ?


Sangat unik cara dia senyum . Me call her Icha . Masa kita kacau dia semalam , kelakar . Umpan bebudak kecik nak bagi okay dengan kita ialah camera . Dia ni boleh tahan lahh gila dengan camera . Ini gambar-gambar dia masa kita umpan dia .

*first capture*
malu-malu kucing lagi >.<

*second capture*
dah kurang sikit malu

*third capture*
hilang terus malu dia , terus keluar dia punya senyum

Lepas dah kacau dua orang budak omeyy si Firaz dengan Icha ni , my phone again ringing . It's from Am again . Rindu betul dia kat kita . Hahaha *perasan* . Dia kata dia malas nak text . So , dia call je . Kali kedua tu kitorang borak lagi lama daripada first call tu . Borak-borak dengan mesti ada gelak macam orang gila . Tak pernah tak ada . Dia watlek je gelak macam orang gila dekat hospital tu . Dia kata nurse tu pandang je dia . Padan muka , siapa suruh gelak tak ingat dunia :P

Dah borak borak borak dan borak tetibe sampai kat satu topik ni . And this topic , dia yang start dulu .

Him : Ja takde kawan lelaki lain ke sampai suka sangat kawan dengan Am ?
Me  : Ada and ramai . Kenapa ?
Him : Takde apa . Tanya je . Bila Ja dengan kawan-kawan lelaki Ja yang lain , Ja gila macam ni jugak tak ?
Me  : Hmm , ada jugak . Tapi takde lahh gila macam gila dengan Am . Ja gila dengan kawan lelaki yang
         sedia ada gila je lahh . Kenapa ?
Him : Takde apa . Tanya je . Ja selesa ke kawan dengan Am ?
Me  : Sangat selesa .
Him : Kenapa ?
Me  : Tak tahu lahh tapi the thing is bila Ja dengan Am , Ja rasa Ja boleh jadi diri Ja yang sebenarnya .
Him : *diam*

Yeahh , it's true . Kita sangat selesa bila berkawan dengan dia . Alhamdulillah , masing-masing tak expect yang masing-masing ada perasaan lain daripada kawan . I admit it . Dulu , kita pernah suka dia tapi kita suka dia sebab kita tertarik dengan cara layanan dia terhadap kita . Then kita remind diri kita balik "Kau kata kau serik tapi kenapa kau boleh tersuka kat dia ?" Since that , I throw away that feelings . Alhamdulillah , I can *bangga* .

Bila borak dengan dia , kitorang memang naturally jadi gila . Bergurau macam lelaki kadang-kadang pon ada . Ber'gua' 'lu' , ber'awak' 'saya' , ber'I' 'you' . Dengan Am ni macam-macam kitorang borakkan . Pasal dia nak sambung belajar , pasal dia nak beli kereta , pasal dia berangan nak jadi pelakon masa dia sekolah rendah dulu and banyak lagi ! Banyak yang kita share dengan dia dan tak sebagaimana kita share dengan orang lain .

Bila cakap pasal hangout , dia cakap tunggu sampai dia ada kereta . Dia taknak naik kereta kawan dia dah . Kita biasa je . Tak mengharap sangat . Kalau nak keluar naik ktm pon okay . Tak suka memilih . Lepas cakap pasal hangout , tetibe je dia mengaduh .

Him : Aduhhh
Me  : Kenapa ni ?
Him : Am lupa hadiah birthday Ja . Lupa nak bagi .
Me  : Ohh , takpe lahh . Lain kali lahh bagi . Simpan je lahh dulu .
Him : Hmm , okay . Tapi kalau Am pass hadiah tu dekat along(abang kita) boleh tak ? Nanti Am mintak
         along pass hadiah tu kat Ja . Boleh ?
Me  : Boleh je .
Him : Okay .

Tak mintak pon hadiah tu padahal . Dia yang nak bagi . K whatever . Lepas almost lebih sejam on the phone dengan dia , baru lahh letak . Letak tu pon sebab kita dah nak balik . Kalau tak , mesti berborak sampai kredit habis . There is just kind a connection between him and me . Tapi yang pasti , sangat macam adik beradik and kawan baik . I don't want to think to have a boyfriend in this short time .

That's it ! Panjang kan entry ni ? Apa ? Mengantuk ? Kan kita dah pesan tadi . Please grab your stink pillow . Hahahahah okay okay . Bye !

Assalamualaikum :)

                                                                                                                                              With love ,
                                                                                                                                                  Jaja